10. Komited
dengan Kepimpinan
Apa ertinya
komited untuk jadi seorang pemimpin?
Pertama
sekali, ianya terjadi bila anda mendeklarasikan komitmen anda pada
seseorang, atau sesuatu atau terhadap sesebuah permasalahan. Sebuah
komitmen menuntut anda untuk melakukan sesuatu. Dan kepimpinan adalah
sebuah keputusan dan tuntutan yang mengikat anda dengan orang lain.
Adakah anda
bersedia untuk memimpin dengan apa yang anda pegang? Kita telah layari
waktu bersama ramai pemimpin yang bekerja dengan penuh keazaman, dan ada
juga yang sekadar ada. Ketua yang sebenar mengambil tanggungjawab dari
ahlinya dengan tekun, dan sentiasa bekerjasama untuk kebaikan.
Bila saja
anda membuat keputusan untuk jadi ketua, anda perlu sedia dengan
jangkaan-jangkaan yang tinggi dari organisasi pimpinan anda. Anda kini
memiliki tugas penting terhadap team, pelanggan dan komuniti.
Untuk
jadikan visi itu kukuh, anda perlu komited dan setia pada nilai dan
prinsip yang akan menghidupkan visi tersebut.
Anda perlu
faham bahawa nilai yang dipegang sebagai seorang ketua menentukan
sikap, budaya dan kejayaan sesebuah organisasi.
Bila anda
lakukan kesemua itu, pelanggan anda, team dan ahli anda akan nampak
perbezaannya.
Sebagai
seorang ketua dan usahawan, anda perlu ingat, anda bukan di sini untuk
membina kehidupan sendiri atau kejayaan peribadi. Tapi anda di sini
untuk pastikan dunia ini lebih kaya dengan kejayaan, visi yang hebat,
semangat yang kuat dan harapan yang erat serta kejayaan yang tak
putis-putus. Anda di sini untuk membuatkan dunia berasa gembira dengan
kehadiran anda.
Dan itu apa
yang kami lihat dalam diri Tun. Tun cakap serupa bikin.
Petikan
kata-kata dari Ronald Reagen, Presiden ke-40 Amerika Syarikat
mengatakan, “Pemimpin yang paling hebat tak semestinya mereka yang
melakukan perkara yang paling hebat. Pemimpin yang hebat adalah mereka
yang mampu membuatkan rakyatnya melakukan perkara-perkara yang hebat.”
Kita kan
telah menyaksikan perkara ini berlaku pada 9 Mei 2018? Hari ini
akan jadi sejarah dalam negara dan dunia buat generasi-generasi akan
datang. Semuanya tak mustahil kerana adanya seorang insan yang hebat,
dan seorang ketua yang berwibawa seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.
Azizan Osman
Founder,
Richworks International Entrepreneur & SME Business Training &
Coaching Consultant Firm
Penulis
merupakan seorang jurulatih Strategik Bisnes & Pemasaran ternama
& Master Coach Antarabangsa yang diiktiraf untuk Usahawan Industri
Kecil dan Sederhana.
Sebarang pandangan dan kesimpulan atau cadangan yang
diekspresikan dalam artikel ini adalah sepenuhnya milik penulis dengan
matlamat untuk mendidik usahawan dari segi sikap kepimpinan.
For english version please click this link
bit.ly/tunm-eng
|
No comments:
Post a Comment