Sakit tumit bukanlah asing lagi di kalangan kita.
Rasanya ramai yang pernah alami sakit tumit. Hanya yang pernah alaminya sahaja
tau betapa sakit tumit ini boleh merosakkan mood dan menjejaskan aktiviti
harian kita. Betul tak?
Banyak faktor yang
boleh dikaitkan menjadi punca kepada sakit tumit. Tetapi, punca paling utama
adalah Plantar Fasciitis, iaitu keadaan di mana berlaku keradangan pada tisu
serat di bawah tapak kaki.
Sakit tumit boleh berkembang tiba-tiba atau secara beransur-ansur dari masa ke masa. Ia boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur, tetapi sering menyerang mereka berumur 40 an ke atas, yang mempunyai berat badan berlebihan dan kaum wanita yang gemar memakai kasut tinggi terlalu lama.
Sakit tumit boleh berkembang tiba-tiba atau secara beransur-ansur dari masa ke masa. Ia boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur, tetapi sering menyerang mereka berumur 40 an ke atas, yang mempunyai berat badan berlebihan dan kaum wanita yang gemar memakai kasut tinggi terlalu lama.
PUNCA SAKIT TUMIT
Kebiasaannya, ramai
orang alami sakit tumit disebabkan oleh plantar fasciitis. Ia merupakan
keradangan pada bahagian plantar fascia, iaitu tisu tebal dan elastik yang
menyambungkan tulang tumit (dipanggil calcaneus) kepada jari kaki dan membentuk
lengkungan kaki.
Plantar fascia membantu menyokong lengkungan kaki, menampung berat badan dan menyerap kejutan dan tekanan. Jika ketegangan dan tekanan pada tisu fascia ini terlalu kuat, koyakan kecil boleh timbul dalam fascia. Regangan yang berulang menyebabkan koyakan lebih teruk dan seterusnya menyebabkan fascia mengalami iritasi atau radang dan menimbulkan kesakitan.
Plantar fascia membantu menyokong lengkungan kaki, menampung berat badan dan menyerap kejutan dan tekanan. Jika ketegangan dan tekanan pada tisu fascia ini terlalu kuat, koyakan kecil boleh timbul dalam fascia. Regangan yang berulang menyebabkan koyakan lebih teruk dan seterusnya menyebabkan fascia mengalami iritasi atau radang dan menimbulkan kesakitan.
Faktor-faktor
yang menyebabkan terjadinya Plantar Fasciitis termasuklah:
·
mempunyai berat badan berlebihan
·
berdiri terlalu lama setiap hari
·
masalah kesihatan seperti rheumatoid
arthritis atau lupus (systemic lupus erythermasotus)
·
mempunyai tapak kaki rata atau
lengkungan kaki yang luar biasa tinggi
·
pemakaian kasut yang tidak sesuai
·
melakukan senaman berat yang mengenakan
tekanan besar pada tumit dan tisu disekeliling.
Mereka yang mengalami plantar fasciitis biasanya akan mengalami rasa sakit mencucuk di tumit ketika:
·
waktu pagi sebaik sahaja mula menapak
selepas bangun dari tidur
·
mula berdiri setelah duduk dalam tempoh
waktu yang lama
·
meningkatkan tahap aktiviti yang
dilakukan terutamanya semasa tidak memakai kasut yang menyokong tapak kaki.
Ada
sesetengah orang mengalami plantar fasciitis diikuti sekali dengan 'calcaneus
spurr'. Calcaneal spurr merupakan tulang kecil (bony spurr) yang tumbuh pada
calcaneus (tulang tumit) kita. Pertumbuhan spurr ini terjadi akibat geseran dan
tekanan yang berpanjangan dan berterusan antara tulang calcaneus dan tisu serat
sekitarnya. Keadaan ini seterusnya merangsang pertumbuhan spurr yang tidak
mengikut allignment tulang asal kita dan menekan tisu serat dan otot di tumit
kita.
Ramai
yang salah faham dengan menganggap spurr ini punca kepada sakit tumit. Tetapi,
ia sebenarnya bukanlah penyebab utama sakit tumit tetapi kecederaan dan
keradangan pada plantar fascia yang sebenarnya menimbulkan rasa sakit.
CARA-CARA ATASI SAKIT TUMIT
1. Kurangkan pergerakan dan rehatkan kaki anda.
Bahagian
tisu yang terjejas akibat plantar fasciitis memerlukan masa untuk sembuh. Jadi,
elakkan dari berdiri atau berjalan terlalu lama yang boleh mencetuskan rasa
sakit dan melambatkan lagi proses penyembuhan.
2.
Lakukan senaman regangan kaki.
Berdasarkan
beberapa kajian, senaman regangan untuk kaki dan tumit yang terjejas ialah
salah satu pilihan rawatan yang paling berkesan untuk pesakit plantar
fasciitis. Regangan bahagian bawah kaki, diikuti dengan bersenam dapat
mengurangkan lekatan tisu, memperbaiki bentuk, membantu meningkatkan
pelbagai gerakan dan boleh mengurangkan kesakitan.
3.
Pakai kasut boleh menyokong tapak kaki.
Pemakaian
yang sesuai seperti yang mempunyai penyokong tapak kaki dan tapak kasut yang
lembut dan selesa boleh mengurangkan kesakitan sakit tumit.
4.
Kekalkan berat badan sihat.
Mencapai
dan mengekalkan berat badan yang sihat (bermaksud BMI antara kira-kira 19
hingga 25 bagi kebanyakan orang) boleh membantu mengurangkan jumlah tekanan
yang dikenakan ke atas tumit. Semakin tinggi berat badan anda, dan semakin lemah
otot kaki, kesannya lebih banyak tekanan ke atas tumit anda.
5.
Rendam kaki dalam air suam.
Untuk
mengurangkan ketegangan, rendam kaki dalam air suam. Selain itu, boleh gunakan
pek ais pada bahagian kaki yang terjejas untuk mengurangkan bengkak.
SUPLEMEN SEMULAJADI UNTUK SAKIT TUMIT
Selain
mengamalkan langkah-langkah di atas, pengambilan suplemen juga boleh membantu
mengurangkan keradangan dan melegakan sakit tumit.
Berikut
suplemen yang boleh bantu menyokong kesihatan sendi dan rawan.
1.
Vivix
Vivix
kaya dengan resveratrol yang tinggi kandungan antioksidan. Ia boleh bantu
melindungi sel-sel dari tekanan oksidatif dan juga bantu memperbaiki sel-sel
yang rosak sehingga ke peringkat DNA.
2.
OmegaGuard
OmegaGuard
membekalkan asid lemak Omega-3 yang sangat bagus dalam menyokong kesihatan
sendi.
OmegaGuard
bantu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan pada bahagian otot dan
sendi.
3.
Ostematrix
Ostematrix
membekalkan kalsium untuk pembentukan tulang yang sihat dan kuat.
Ia
turut mengandungi magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan optimum kalsium
dalam badan.
Anda
dah lama derita sakit tumit? Apa tunggu lagi. Jom order sekarang!!
www.wasap.my/60126690379
Noor Hisham binti Paimin
SID Shaklee : 919922
0126690379
No comments:
Post a Comment