10 July 2013

Anak anakku..


1 Ramadhan 1434 ...

hmm...

bila dah start puasa nie...ramai la yang dok tanya..
ada tak supplemen yg boleh membantu dalam menjalani ibadah puasa ini..

pastinya ada yang bekerja ditengah-tengah panas, yang menyusu badan, yang mengandung,

mahupun yang sering outstation akan keletihan menjalani ibadah puasa...
Begitu juga mak, ayah, pakcik, makcik , sedara yang lanjut usia ...

Apakata kita amalkan minuman yang berkhasiat ini :

1) ESP (KURANG RASA LAPAR)
✿ membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian kita.
✿ Mengatasi masalah GASTRIK
✿ MILK BOOSTER! Mengurangkan masalah susu merundum
✿ Kulit lebih anjal, tegang dan berseri

2) Performance Drink (KURANG RASA HAUS)
✿ Mengekalkan kandungan air di dalam badan
✿ Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH HIDRASI
✿ Membekal 3 jenis karbohidrat untuk tenaga

3) Meal Shakes (KURANG RASA LETIH)
✿ Multivitamin! Mengandungi 19 vitamin/galian, serat dan protien
✿ Mengenyangkan dan memberi tenaga
✿ Elakkan sembelit

pm/whatsap sy utk harga istimewa...
012-6690379




Saya rasa teruja sangat tahun ini kerna anak-anak pun ikut excited untuk berpuasa bersama...esp Irfan dan Daniel...
bila ditanya nak puasa tak? NAKKK.. tahan tak? TAHANNN...
tahu tak puasa tu aper? TAK BOLE MAKAN TAK BOLE MINUM...
hehehehehe..
so, ku sempat buatkan ESP, MealShake dan PD untuk anak-anak...

comelll sangat....

sempat pesan pada anak-anak awal pagi tadi, kalau tak tahan, puasa setengah hari jer taw..
kasihan plak..ye la...umur baru 5 dan 6 tahun...pasti diaorg akan keletihan bila menjelang ke petang...

:)


Saya hanya deliver supplemen yang terbaik untuk anda semua...
Selamat, semulajadi dan berkesan...

Pm / wassap saya untuk konsultasi lebih lanjut..
012-6690379
noorshaza1973@gmail.com

Noor - pengedar sah Shaklee ID# 919922 di kawasan PUCHONG, Kinrara, USJ, Seri Kembangan, Kelana Jaya, Bangi dan pengeposan ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapore, Labuan, Brunei .....

visit FB saya juga di Noor Hisham binti Paimin 

“ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


Kelebihan dan Fadilat Solat Tarawih


assalamualaikum....
salam ramadhan Kareem semua, lama dah saya tak menulis entry rasanya, 
Sedar tak sedar, dah bermula dah solat Tarawih pada malam tadi...
cepat betul, syukur Alhamdullilah, saya masih diberikan peluang dan ruang oleh Allah SWT untuk hadirkan diri untuk bertarawikh......semoga Allah memberikan peluang untuk dapat meneruskan tarawih sampai malam terakhir, Aminnn...

Tahun-tahun sebelum ni, terkadang tu tinggal juga terawih, almaklum sibuk dengan anak-anak yg masih kecil...dah tak ke masjid lama dah....tapi sekarang syukur Alhamdullilah Allah berikan petunjuk untuk terus mengambil peluang keemasan ini untuk bertemu denganNya... banyak kelebihan yang kita akan peroleh bila berterawih, dan setiap malam itu, mempunyai perbezaan...jom kita tengok kelebihan berterawih ni..

saidina Ali r.a meriwayatkan sebiah hadis daripada Rasulullah SAW, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat terawih pada setiap malam di bulan Ramadhan

malam 1
diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana baru dilahirkan

malam 2
diampunkan dosa-dosa orang yang beriman yang mengerjakan terawih, serta dosa-dosa kedua ibu bapanya

malam 3
para malaikat di bawah arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat terawih agar teruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allag mengampunkan dosa-dosa mereka

malam 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AlQuran.

malam 5
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orangorang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

malam 6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

malam 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang
musuhnya Fir'aun dan Hamman.

malam 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

malam 9
Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

malam 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

malam 11
a meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

malam 12
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

malam 13
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

malam 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

malam 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

malam 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

malam 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
malam 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

malam 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

malam 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

malam 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

malam 22
akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. \

Malam 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam 28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam 30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir
dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.