30 January 2015

ARJUNA BETA - FYNN JAMAL




Salah satu lagu kegemaran saya
Ada sesuatu dalam lagu ini yang menyentuh hati saya..




Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/05/lirik-lagu-arjuna-beta-fynn-jamal.html#ixzz3QHaLZmS3


BASIC H SHAKLEE - OWSOME...KERJA MENCUCI MENJADI LEBIH MUDAH






APA ITU Basic H?

Basic H ada 1001 kegunaan dan di belakang botolnya ada ditulis hanya 3 kegunaan sahaja ie cuci lantai, tingkap dan perkakas dapur. Lagi 997 kegunaan adalah hasil eksperimen lebih 700 000 ahli di seluruh dunia.

Kandungan utama Basic H adalah minyak jagung dan minyak kelapa.



BAHAYA ATAU SELAMAT?

Pandangan peribadi saya sebagai pengguna , saya yakin dengan produk ini. Kenapa?

  • Kandungan utama daripada bahan semulajadi (minyak jagung dan minyak kelapa)
  • Ianya bebas bahan kimia, toksin
  • Jimat
Dulu kala, kalau ada majlis kenduri kahwin. Siap makcik dapur rendam pingan mangkuk guna CLOROX! Lagi-lagi bila guna pinggan melamine yang pernah popular tahun 1990-an. Untuk hilangkan daki dan kesan kotor. Tiada pula yang komplen. Yang mana lebih selamat? Clorox yang meluntur atau Basic H yang dah tentu-tentu organik. 

PERUMPAMAAN 
Shaklee tidak mahu 'over claim' produk ini. 1 produk beribu kegunaan. Cuma, pengguna yang menggali sendiri kegunaan lain Basic H2 dan berkongsi. Hanya itu.

Ibarat UBAT GIGI berfungsi sebagai bahan mencuci gigi tapi jika MELECUR, TERKENA AIR PANAS, sapu ubat gigi.

Begitu juga dengan Basic H ini. 



KENALI Basic H


  • Organik
  • Tanpa toksin
  • Boleh terurai
  • Tanpa bahan kimia
  • Lebih pekat
  • Harga RM47 bersamaan dengan 181 liter produk lain
  • Pencuci semulajadi nombor 1

Antara kelebihan @ 1001 kegunaan BASIC H Shaklee

• Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia.
• Mencuci dan membersih ikan, ayam, daging, makanan laut daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak).
• Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dan etc.
• Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dan etc.
• Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan.
• Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan etc.
• Mengasah pisau.
• Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan etc.
• Menghapuskan kutu di atas kepala.
• Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas.
• Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan etc.
• Demam panas (sebelum berjumpa doktor).
• Sakit gigi.
• Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit).
• Ulser dan mulut berbau.
• Penyubur tanaman dan penggembur tanah.
• Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan etc.



Berkesan

Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak.Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air.Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama.

Mesra Alam

  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa.
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
Saya hanya deliver produk yang terbaik untuk anda semua...
Selamat, semulajadi dan berkesan...

Pm / wassap saya untuk konsultasi lebih lanjut..
012-6690379
noorshaza1973@gmail.com

Noor - pengedar sah Shaklee ID# 919922 di kawasan PUCHONG, Kinrara, USJ, Seri Kembangan, Kelana Jaya, Bangi dan pengeposan ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapore, Labuan, Brunei .....

visit FB saya juga di Noor Hisham binti Paimin 


5 KANAK-KANAK ISLAM AJAIB DI DUNIA...SUBHANALLAH

Allah S.W.T memang berkuasa keatas manusia bahkan seluruh makhluk dan hidupan dibumi ini. Ini terbukti apabila lima kanak-kanak yang genius ini berjaya menggemparkan dunia. Siapakah diri mereka sebenarnya? Untuk itu, mari kita lihat senarai lima anak kecil beragama Islam yang sangat genius dan ajaib hingga menggemparkan dunia.

Berikut 5 Anak Ajaib Islam Yang Mengemparkan Dunia:

1. Akrit Jaswal


Akrit Jaswal yang mempunyai IQ 146 (manusia terpintar di India) sejak berusia 7 tahun ia sudah mampu melakukan operasi pembedahan secara otodidak

2. Sayyid Muhammad Husein Tabataba’i

Sayyid Muhammad Hussein Tabataba’i seorang kanak-kanak yang sudah berjaya menghafal surat-surat dalam Al-Qur’an dan mampu menafsirkannya. Beliau juga telah menerima gelaran Doktor di usia tujuh tahun di Hijaz Collage Islamic University di UK.

3. Abdurrahman Farih

Di bumi Aljazair, ada anak genius yang berusia tiga tahun bernama Abdurrahman Farih mampu menghafal Al Quran hanya mendengar orang lain membaca Al Quran sejak ia masih di dalam kandungan ibunya.

4. Ali Yakubov

Di Rusia kemunculan ayat-ayat ‘Al Quran” di sekitar tubuh bayi yang berusia sembilan bulan bernama Ali Yakubov, telah membuat 2000 orang Muslim dari kawasan utara Rusia mendatangi untuk melihatnya.

5. Syarifuddin Khalifah

Syarifuddin Khalifah, seorang anak ajaib, lahir di Arusha, di bahagian utara Tanzania (sebuah negara di Afrika Timur) pada usia satu setengah tahun sudah mampu menghafal Al-Quran dan juga mampu mendirikan solat lima waktu. Apa yang lebih mengejutkan apabila dia bukanlah seorang anak dari ibubapa yang beragama Islam. Beliau telah mengislamkan lebih dari ribuan orang.
Subhanallah

29 January 2015

VITAMIN @ SUPPLEMEN TERBAIK KETIKA KEHAMILAN



ada tak yang tengah mengandung? ada masalah HB rendah tak? Selalu rasa letih?..salah satu sebabnya mungkin faktor umur kan...bila umur makin bertambah...makin kurang la vitamin dalam tubuh badan...tapi ada juga ibu yang muda seusia 19 tahun mengalami tekanan darah rendah.


Bahaya tau HB rendah semasa hamil ni, bahaya untuk bayi, sebab ia boleh mengganggu proses pembentukan organ-organ pada bayi...malah boleh menyebabkan keguguran. Letih?? Memang sinonim dengan ibu hamil..maklumlah pembawakan budak..kalau ibu asyik letih..asyik nak tidur jer..boleh mengganggu perkembangan otak bayi jugak tau...asid folic pun sangat penting untuk ibu-ibu hamil...sebab asid folic ni membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Tau tak Spina Bifida tu apa??
Spina bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna. 

Spina Bifida

Secara ringkas tentang keperluan asas vitamin untuk ibu-ibu hamil, jom baca sama-sama...

Zat Besi  

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan hemoglobin. Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan.  

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan :
  • Keletihan, lemah badan.
  • Berdebar, sakit dada.
  • Kesukaran bernafas.
  • Anemia.

Asid Folik

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 


Asid folik menyokong:

  • Sistem saraf sihat
  • Penghasilan hormon dan sel-sel darah merah
  • Penghasilan tenaga
Vitamin C

Fungsi pengambilan Vitamin C bagi ibu hamil adalah mempercepatkan penyerapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. Selain itu ia juga menghasilkan kolagen bagi membina tulang rawan, otot-otot  dan tulang-tulang fetus.
Vitamin C juga bantu menguatkan sistem imun tubuh badan kita. Dapat mengelakkan ibu-ibu hamil dari terkena jangkitan demam dan selsema. Selain itu Vitamin C juga sangat bagus untuk bayi, ia menjadikan kulit bayi gebu, lembut, cerah. Malah menguatkan juga imun sistem bayi sejak dalam kandungan lagi. 

Kalsium
Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehariTubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500 mg kalsium dalam satu-satu masa. Akan tetapi jangan lah berlebihan kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.

Pengambilan kalsium penting untuk wanita hamil untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi. Sumber mineral ini juga membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah.
Jika ibu hamil kurang pengambilan kalsium boleh menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis). Ia adalah kerana bayi dalam kandungan akan menyerap kalsium dari tulang ibu. Ia juga bagus untuk ibu mengandung yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi (hypertension) kerana ia dapat menurunkan kadar tekanan darah tersebut.

Protein
Ibu mengandung memerlukan protein sekitar 75gram atau lebih 25gram dari sebelum mengandung. Protein sangat diperlukan untuk pertumbuhan jaringan pada janin. Ia merupakan blok-blok pembinaan asas badan ibu dan bayi. Protein juga membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (DHA & EPA)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. DHA & EPA sangat penting untuk pembentukan otak & mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan tindak balas keradangan. Ia juga mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti tekanan darah, pembekuan darah dan banyak lagi. Ketidakseimbangan hormon ini boleh membawa kepada penyakit.
Dalam Shaklee ada set cadangan untuk ibu-ibu hamil bagi memelihara kesihatan ibu dan juga bayi dari dalam kandungan. Kesemua jenis vitamin-vitamin asas di atas ada di dalam set cadangan ini. Rujuk di gambar.



Saya hanya deliver supplemen yang terbaik untuk anda semua...
Selamat, semulajadi dan berkesan...

Pm / wassap saya untuk konsultasi lebih lanjut..
012-6690379
noorshaza1973@gmail.com

Noor - pengedar sah Shaklee ID# 919922 di kawasan PUCHONG, Kinrara, USJ, Seri Kembangan, Kelana Jaya, Bangi dan pengeposan ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapore, Labuan, Brunei .....

visit FB saya juga di Noor Hisham binti Paimin 

“ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

24 January 2015

VITAMIN C UNTUK CANTIK, SEHAT, DAN BERUPAYA MELAWAN JANGKITAN DAN PENYAKIT


Vitamin C antara vitamin paling famous.. Bila cakap je vitamin C, mesti terbayang oren! Padahal, vitamin C pun boleh dapat dari lain2 fruits kan..

Ok, nak story sikit tentang vitamin C. Vitamin C ni mudah didapati dari kebanyakan buah-buahan. Walaupun mudah didapati, vitamin C ni terlalu fragile...ia mudah musnah pada suhu yg terlalu tinggi. Ape tanda2 bila kita kekurangan vitamin C?


- Mudah stress!
- Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik :(
- Tapak kaki keras dan kasar
- Luka lambat baik
- Mudah selsema (*_*')
- Wajah nampak tua (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen) (-_-)
- Mudah dapat ulcer
- Mudah demam 

Apa beza vita C Shaklee ni dengan vitamin C lain di pasaran?
SUSTAINED RELEASE - maksudnya, pelepasan berperingkat dapat membantu menyalurkan vitamin C secara berterusan. (err..paham ke?)
Ok, lebih kurang macam makan sebiji oren untuk setiap jam. Ye la, kalau makan terus sekali 7 bijik oren, terus terhadam semua buang kat toilet kan membazir..tak sempat badan nak serap vitamin yg diperlukan kan.

Banyak pilihan vitamin C dipasaran..mcm2 perisa, mcm2 brand, mcm2 harga. Tapi, pilihan terbaik saya ialah Shaklee. Kenapa bayar lebih untuk beli vitamin yang ada perisa (kita bayar untuk perisa, pewarna dia sekali tau..menbazir je.. :p). Lebih baik memaksimumkan untuk vitamin C dari Shaklee ni. Tanpa perisa tiruan, perasa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet! :)







Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.


2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.


3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatifatau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.



4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.




5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik.Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.



6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.



7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C bolehmengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.



8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.



9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi butadikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi bolehmenghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.



10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.



11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsiadrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.



12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.


13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.


14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.





Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.



15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.



16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadigebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.



17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosaksekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkankeanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.


18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utamapenghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.



19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin Cmembantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.





inilah saya ...kerna saya peminat setia SR Vit C Shaklee...
(di usia 42 tahun)





Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.


20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.



21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.



22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untukmengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.



23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.




24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.




25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

sumber: http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-vitamin-c-for-skin-hair-and-health/



Vitamin C Shaklee 


Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.


Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini.

Harga : RM92.50 (180biji)
Tahan sehingga 6 bulan. Nak harga hebat? Jom dapatkan dari saya..


Apa tunggu lagi. Order SEKARANG. Hanya dengan wassap saya 012-6690379  dan anda boleh dapat1001 Kebaikan Vitamin C Shaklee