2 June 2015

KENAPA PERLU DETOKS ??



KENAPA PERLU DETOX

Detoksifikasi merupakan satu proses secara psikologi dan perubatan untruk mencuci toksid dalam mikroorganisma hidup, termasuklah tubuh badan manusia. Dari segi perubatan, ia bermakna proses mengeluarkan bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan perubahan tidak baik yang berlaku pada tubuh seseorang. Proses detoksifikasi membantu mengeluarkan toxin, memberikan khasiat dan nutrisi untuk tubuh, dan membantu mengelakkan dari jangkitan kuman serta meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.

Kenapa perlu detox

10 sebab kenapa perlu detox

1. Keluarkan toksin
Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toksin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK! Toksin juga punca kulit jadi kusam dan tidak bermaya serta berjerawat.
2. Mengelakkan penyakit kronik
Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toksin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit..
3. Menguatkan sistem imun
Semakin banyak pencemaran dan toksin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.
4. Mengurangkan berat badan
Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.
5. Melambatkan kesan penuaan
Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam  dan toksin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.
6. Meningkatkan kualiti hidup
Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toksin dan pencemaran yang merbahaya. Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.
7. Tingkatkan tenaga
Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga..
8. Membaiki tahap kesihatan kulit
Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut..
9. Menyihatkan minda dan emosi
Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.
10. Memperbetulkan semula sistem tubuh
Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.

Detoks sebelum ambil supplemen

Memang ada yang bertanya, bila ambil set kecantikan kulit, muka naik jerawat pula. Ataupun ambil set slimming tapi takde perubahan.

Sebenarnya ramai orang tak tau atau terfikir untuk melakukan pembuangan toksin/detoks terlebih dahulu. Tahukah anda, sebenarnya amat penting untuk melakukan detoks terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang makanan tambahan, kemudian perlu dilakukan secara berkala pula?

Kepentingan detoks / nyahtoksin
1. Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
2. Sisa-sisa makanan akan terkumpul untuk satu jangka masa dan menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama utama iaitu hati dan usus.
3. Toksin berlebihan mempengaruhi emosi
4. Detoks dapat menyingkirkan bakteria tidak baik dan yis di dalam usus yang hidup dengan makanan lama yang termendak
5. Fungsi tubuh menjadi lebih efisien kerana dapat menumpukan pada tugas asal selain memerangi toksin.
6. Membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan metabolisma.

Detox fokus pada 2 organ penting iaitu hati dan usus/kolon. Selalunya detox usus dilakukan terlebih dahulu sebelum detox hati.
Cara paling mudah untuk melancarkan proses detox adalah dengan banyakkan minum air masak dan banyakkan makan buah-buahan dan sayuran hijau. 
Nak lebih mudah, jom cuba produk Shaklee yang sesuai untuk detox hati dan usus.




HERB-LAX

Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*
Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.
Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.






DTX COMPLEX
Shaklee DTX Complex mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok. Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.
Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat. (sumber)


Saya hanya deliver supplemen yang terbaik untuk anda semua...
Selamat, semulajadi dan berkesan...

Pm / wassap saya untuk konsultasi lebih lanjut..
012-6690379

Noor - pengedar sah Shaklee ID# 919922 di kawasan PUCHONG, Kinrara, USJ, Seri Kembangan, Kelana Jaya, Bangi dan pengeposan ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapore, Labuan, Brunei .....

visit FB saya juga di 
Noor Hisham binti Paimin 


“ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

BERSIHKAN HATI KITA!! DETOKSS





Hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai ‘pusat industri pemprosesan’. Hati adalah organ unik yang mampu membina dirinya sendiri. Oleh itu organ hati boleh didermakan sebahagiannya, kerana ia mampu memperbaiki dan membina organnya semula.


Antara fungsi hati adalah:
  • Merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak
  • Bertindak sebagai ‘penapis’ dan ejen detoksifikasi.
  • Mengawal paras gula dalam darah.
  • Penting untuk metabolisma lemak.




Namun begitu, dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran, hati kita terpaksa ‘kerja lebih masa’.
Bukan saja ia terpaksa melaksanakan tugas-tugas ‘wajib’ bagi hati, malah memerlukan lebih masa untuk membaikpulih dirinya sendiri.
Oleh itu hati kita memerlukan bantuan untuk membersihkan dirinya (detox hati) sekaligus menjadikan fungsi hati lebih berkesan.



Shaklee DTX Complex mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati.

Ekstrak bijj benih pokok susu tisel (milk thistle seed) - melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.
Artichoke – membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu
Dandelion – merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit
Kunyit – mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan
Reishi mushroom (Ling Zhi) - membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung
Schizandra – merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin




DTX Complex mempunyai formulasi yang dipatenkan. Hanya yang terbaik dari Shaklee. Dapatkan DTX hari ini untuk membantu hati anda menjalankan fungsi terbaik!





Saya hanya deliver produk yang terbaik untuk anda semua...
Selamat, semulajadi dan berkesan...

Pm / wassap saya untuk konsultasi lebih lanjut..
012-6690379
noorshaza1973@gmail.com

Noor - pengedar sah Shaklee ID# 919922 di kawasan PUCHONG, Kinrara, USJ, Seri Kembangan, Kelana Jaya, Bangi dan pengeposan ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapore, Labuan, Brunei .....


visit FB saya juga di Noor Hisham binti Paimin 



NOOR (SID#919922)
012-6690379
noorshaza1973@gmail.com
Supervisor Jun 2015
http://noorshazadbeauty.blogspot.com/
Instagram : noorshaza73