14 November 2014

OMEGA GUARD SHAKLEE terbaik


Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen didunia. Ini kerana setiap kapsul Omega Guard mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak omega-3 semulajadi antaranya EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
Satu sajian Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
Sangat penting bagi mendapatkan asid lemak omega-3 dalam makanan seharian. Contoh seperti ikan tuna, brokoli, ikan salmon, kacang walnut dan sebagainya. Namun sukar untuk kita mendapatkan jumlah omega-3 yang mencukupi bagi keperluan tubuh. Kerana sumber omega-3 mahal dan jarang diambil setiap hari.
Maka anda boleh mendapatkan omega-3 setiap hari dengan membeli Omega Guard Shaklee. Ianya tulen, bebas logam berat dan sangat berkesan memperbaiki taraf kesihatan kita. Pasti tidak menghampakan anda.
Wassap Noor di 012 6690379 utk dapatkan harga hebat Omega Guard Shaklee ..
Tengah promo beli 6 free 1 untuk November ni..






12 November 2014

UMRAH ....impian DECEMBER 2014

UMRAH

Umrah disebut juga haji kecil, hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap muslim sekali dalam
seumur hidup. Begitu juga  dengan haji.


Firman Allah dalam Q.S Al Baqarah : 196
Artinya : Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah.


Syarat Umrah


Syarat Umrah sama dengan haji
Syarat wajib melaksanakan ibadah haji.
1. Islam
2. Berakal Sehat
3. Baligh
4. Mampu (Istitha’ah) yaitu :
- Sehat Jasmani
- Ada bekal untuk biaya perjalanan dan untuk orang yang ditinggalkan
- Ada kendaraan
- Aman di perjalanannya.
- Bagi Wanita harus ada muhrim


Rukun Umrah
1. Ihram serta niat
2. Tawaf
3. Sa’i
4. Bercukur atau bergunting (tahalul)
5. Tertib

Wajib Ihram
1. Ihram dari Miqat
2. Menjauhi muharromat umrah (sama dengan muharromat haji)
Miqat dan Macam-macamnya
Dalam pelaksanaan ibadah haji dan umrah ada yang disebut miqat artinya batas atau ketentuan,
miqat ada dua yaitu :
1. Miqat Zamani (ketentuan waktu), untuk ibadah haji miqat zamaninya adalah awal bulan
syawal sampai dengan tanggal 10 Dzulhijjah. Sedangkan untuk umrah miqat zamaninya
sepanjang tahun
2. Miqat makani (ketentuan tempat), yaitu tempat dimana para jemaah melakukan ihram. Miqat
makani untuk haji sama dengan maiqat makani untuk umrah.


Hikmah Haji dan umrah
1. Menciptakan persatuan dan kesatuan
2. Menanamkan kesadaran untuk senantiasa ikhlash dalam memenuhi perintah Allah
3. Mengambil teladan dari pengalaman Adam, Hawa, Ibrahim, hajar, Ismail, dan perjuangan
Nabi SAW
4. Mensyukuri nikmat
B. Memperagakan pelaksanaan Haji dan Umrah


1. Macam-macam cara melakukan ibadah haji dan umrah
Cara melakukan ibadah haji dapat dilakukan dengan salah satu cara dari tiga cara berikut
ini ;
a. Ifrad, yaitu mengerjakan haji dahulu kemudian mengerjakan umrah (cara ini tidak wajib
membayar dam)
b. Tamatu, yaitu mengerjakan umroh lebih dahulu kemudian mengerjakan haji (cara ini
wajib membayar dam)
c. Kiran, yaitu mengerjakan haji dan umrah bersama-sama dalam satu niat dan satu
pekerjaan sekaligus (cara ini wajib membayar dam)


2. Kegiatan yang Wajib dilakukan selama ibadah haji
a. bersuci, meliputi mandi dan wudlu
b. Ihram, dimulai dari miqat zamani dan makani dengan berpakaian ihram dan disunatkan
shalat sunat ihram dua rakaat
c. Niat Haji
d. Berangkat menuju arafah
e. Membaca talbiyah
f. Di Arafah pada tanggal 9 Zulhijjah melakukan wukuf
g. Menuju Muzdalifah sehabis maghrib
h. Di Muzdalifah pada tanggal 10 Zulhijjah melakukan mabit
i. Di Mina melakukan mabit dan melontar Jumroh
j. Kembali ke mekkah, melakukan Thawaf ifadah dan thawaf wada (pamitan)


3. Kegiatan yang dilakukan selama Umrah
a. Bersuci
b. Melakukan Ihram
c. Membaca Talbiyah
d. Masuk Mekah dan berdoa
e. Melihat Ka’bah
f. Melintasi maqam Ibrahim
g. Thawaf
h. Sa’I
i. Bercukur atau memotong Rambut (tahalul)

Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membangun Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya.
Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bekerjasama untuk melangsungkan pembangunan dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi
Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang.
Wallahu a'alam.


Apabila manusia me
ncium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) :
"Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."


Saya mengGOOGLE  'pembangunan dan perubahan Masjidil Haram, Mekah'
jom baca selanjutnya di http://diujungislam.blogspot.com/2012/12/pembangunan-dan-perubahan-masjidil.html









Supplemen tambahan yang selamat, semulajadi dan berkesan...

Pm / wassap saya untuk konsultasi lebih lanjut..
012-6690379

Noor - pengedar sah Shaklee ID# 919922 di kawasan PUCHONG, Kinrara, USJ, Seri Kembangan, Kelana Jaya, Bangi dan pengeposan ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapore, Labuan, Brunei .....

visit FB saya juga di Noor Hisham binti Paimin 

“ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


AL QURAN ....petunjukku..temanku....


Ibnu Batoota ~Tips genius~

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....

Manusia zaman sekarang, kemudahan merujuk sesuatu itu sangat hebat, misalnya google, sekali klik, keluar macam-macam maklumat. Tapi manusia bukannya semakin pandai, sebaliknya semakin bodoh.

Ini kerana, manusia yang muslim khususnya pada zaman ini, mereka meninggalkan pembacaan Al-Quran...

Di fb mereka mungkin Islamik, dengan jubah, serban, kopiah, purdah...

Berdebat sana-sini, berhujah
sana-sini, bagi pendapat sana-sini....

Status tiap hari mesti Islamik-islamik....

Tapi sejujurnya, berapa juzuk Al-Quran kau baca setiap hari? Itu antara kau dan Allah, kau boleh tipu manusia, tapi kau tak boleh tipu Allah dan diri kau sendiri....

Jangan kita gembira dengan kemunafikan kita, kerana itulah tandanya kita seorang munafik yang sebenar.

Anyway, semasa saya belajar di madrasah dulu, setiap pagi, kami diwajibkan membaca surah Yassin selepas solat Subuh, kemudian diwajibkan pula untuk membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Setiap 30 hari, kami akan khatam Al-Quran.

Aktiviti inilah yang paling "tidak disukai" para pelajar, sebab waktu tu sangat mengantuk. Tapi mereka tidak faham, mengapa ulama anjurkan pembacaan Al-Quran selepas Subuh.

PALING KURANG, kita diarahkan Rasulullah untuk baca surah Yassin pada setiap pagi.

Satu lagi, seeloknya, bila kita baca Al-Quran, bacalah surah yang jarang kita baca dan mulakan dengan tertib dari mula hingga khatam. Jika kita hanya baca surah lazim yang kita sudah hafal, otak kita sudah biasa dengan ayat itu dan kadar tenaga yang digunakan otak tu tidaklah sebanyak yang digunakan ketika membaca surah yang belum dihafal.

Rahsia mengapa Rasulullah dan para ulama anjurkan baca Quran pada awal pagi ialah kerana, ketika awal pagi, otak kita masih fresh selepas rehat yang panjang (tidur).

Jadi untuk mengaktifkannya, kita perlu membaca Al-Quran. Hasilnya, terbentuklah para pelajar madrasah yang genius, boleh menghafal matan-matan Arab, hafal ribuan Hadith, hafal Quran, hafal perbahasan ulama, mampu membaca kitab Arab tanpa baris dengan lancar dan sebagainya yang saya kira agak mustahil untuk dikecapi oleh pelajar akademik sekular (melainkan mereka juga amalkan rutin yang sama).

Note: Saya harap Wahhabi tidak MEMBIDAAHKAN amalan ibadah membaca Al-Quran sambil melihat mushaf...

Maklumlah, kan tiada dalil Nabi pernah baca Al-Quran guna mushaf.

Bahkan zaman Nabi dulu, mushaf Al-Quran seperti yang ada pada kita hari ni pun belum wujud.

Bahkan lagi kalaulah ada sekalipun di zaman Nabi, Nabi tetap tak kan baca guna mushaf sebab Nabi kan ummiy (tak boleh membaca/menulis).

Note 2: Lazimkan pembacaan Al-Quran beramai-ramai dengan suami/isteri dan anak-anak SETIAP PAGI. Berjemaah lebih bagus sebab kita rasa lebih bersemangat dan kebarangkalian untuk istiqamah itu lebih tinggi.

Ini silibus pertama HOME SCHOOLING yang diajar oleh Rasulullah.





JERUK MANGGA ASAM BOI

Salam petang yang indah ini..

aduhai...tgh buat-buat kerja, tetiba fikiran teringatkan sesuatu..

JERUK MANGGA ASAM BOI!!!
Ya ALLAH...sedapnya kalau time macam ni dapat sebalang...

fuhhh!!

saya terus mencari pakcik GOOGLE..terjah ke blog kegemaran saya, kak Ita @  http://www.azlitamasammanis.com/ ....

haha...confirm memang ada...al maklum...jeruk ni dah macam VIRAL...sana sini orang sibuk post gambar-gambar jeruk yang amat menyelerakan...

hihi...


saya share resepi dari Kak Ita Masam Manis...kot-kot ada yang berkenan nak membuatnya...



JERUK MANGGA ASAM BOI
sumber; Kak Ita http://www.azlitamasammanis.com/


4 biji mangga muda
20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ ita tambah jika guna limau kasturi lagi sedap!






Kupas dahulu mangga muda. Buang kulitnya, buang biji dan sabut tengahnya. Kemudian hiris nipis.
Ita ikut cara ibu mertua, rendam dahulu mangga dengan air kapur. Menurut kata ibu mertua ita ianya bertujuan meranggupkan buah mangga kita supaya dia tidak lembik bila telah menjadi jeruk. 




Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan.


Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata
Akhir sekali masukkan asam boi.
Ita tambahkan limau nipis. Limau ni tak payah perah masukkan aje.. kalau guna limau kasturi lagi sedap!
Tak payah tambah air ya.. sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk. 
Kemudian kita masukkan dalam bekas.
Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh di nikmati.



3 November 2014

LAYAN SLOT AKASIA "Maaf Jika Aku Tak Sempurna" dan "Bila Hati Berbicara"




HUHU..
Slot Akasia " Maaf Jika AKu Tak Sempurna" dah pun melabuhkan tirainya...gandingan mantap Fahrin Ahmad dan Sarah Ali....memang BEST laa...LAYAN gakk..

haha...

tapi pas tu, ada Slot baru ..."Bila Hati Berbicara"...nampak menarik ....
penat balik bekerja, pas makan, layan gak la walaupun tak konsisten...
aha.....




INFUSED WATER



Ahad semalam saya bersantai2 depan TV selepas makan tengahari bersama keluarga..
memang selalu pun mengikuti program NONA di TV3...
tapi segmen TAMPIL JELITA semalam benar2 membuatkan hati saya tertarik untuk mencubanya...
HARUSSS!!!

Infused water...nampak menarik dan amat berkhasiat ..ini menurut Pakar Estetika tersebut..
Gabungan buah-buahan segar bersama daun pudina...aduhaiii..

tak sabar nk mencubanya this weekend..
:)





AIR MASAK YANG BANYAK KHASIATNYA


Bukan semua orang tahu akan kepentingan air kepada manusia.Manusia mampu bertahan tanpa makanan selama 30 hari,tetapi dengan kekurangan air selama tiga hari sahaja, ia boleh membawa maut . Manusia memerlukan air kerna kebaikanya, ia amat penting bg memastikan tubuh seseorang itu dapat berfungsi dgn baik . Jangan hanya minum kerana dahaga,amalkan meminum air kosong selalu kerana anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa beberapa bulan. Bukan sahaja tubuh lebih bertenaga,bahkan kesihatan anda juga terjamin.



Pentingnya air. .
  1. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung befungsi secara berkesan.
  2. Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia.
  3. Air baik untuk sendi.
  4. Manusia memerlukan paling kurang tiga liter air setiap hari.
  5. Minum air dalam kuantiti yang banyak tidak membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
  6. Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia.
  7. Air kosong amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori,gula,atau lemak.
  8. Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan ginjal.


Sihatnya ! Berdiet dengan air
  1. Bagi anda yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran
  2. Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut,sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.
  3. Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
  4.  Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk.
  5. Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
  6. Tahukah anda,minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat didalam air kosong?
  7. Sari buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong. .
Sumber : Majalah info sihat


Jika ada antara anda yang masih mencari cari supplemen yang bagus, saya FULLY RECOMMEND supplemen SHAKLEE ini.
Selamat, semulajadi dan berkesan...

Pm / wassap saya untuk konsultasi lebih lanjut..
012-6690379

Noor - pengedar sah Shaklee ID# 919922 di kawasan PUCHONG, Kinrara, USJ, Seri Kembangan, Kelana Jaya, Bangi dan pengeposan ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapore, Labuan, Brunei .....

visit FB saya juga di Noor Hisham binti Paimin 

“ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


KERADANGAN SENDI, KOLESTEROL, MIGRAIN






Dah 3 NOVEMBER 2014 hari ni...
10 Muharram 1436...

MashaAllah....masa begitu pantas berlalu...

hampir ke penghujung tahun sudah...
alhamdulillah...saya masih lagi bernafas di bumi ALLAH ini..
dengan semangat baru, sempena tahun baru...
:)

Dah berabuk sudah blog saya ni..

lama tak update...kesibukan masa membatasi saya untuk menjengah blog..
Baru-baru ni pulak saya dan anak-anak juga kurang sehat..
Lagi laaa...
Namun...walau apa pun...Saya..masih setia dengan Shaklee....
dengan Vit C, ESP, ..juga Omega Guard...

sapa yg tak kenal Omega Guard Shaklee ni kan..


kalau google kat internet, confirm berlambak info dan testi tentang Omega...

saya dan anak-anak juga penggemar Omega...
lebih-lebih lagi bila kami sekeluarga tidak sehat...


bulan ni promo Omega Guard...




Omega Guard peneman setia saya dan anak-anak..

saya nak share ttg anak saya ....Daniel iskandar, 6 tahun...sejak 5 bulan lepas, saya memang akan berikan omega guard ni pada dia..memandangkan anak saya ni agak malas sikit bila di suruh membaca....time membaca jer...x sampai 5 minit...liuk lentuk dah badan, .."mama, daniel dah penat"....adoyai.....saya risau gak....ye lah, thn depan dia akan bersekolah ...so saya nampak perubahan dia apabila konsisten saya beri Omega Guard ini.....seminggu saya beri 2-3 biji...



Dia semakin boleh membaca, cepat tangkap kalau saya/ayahnya/kakaknya ajar sesuatu....

Dia juga terpilih untuk wakil sekolah dia dalam beberapa pertandingan...

alhamdulillah.......

kini, saya tak perlu risau lagi....:) :)






Saya nak share juga Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee:

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti (lebih optimum dengan kombinasi Alfalfa, Lechitin dan Omega Guard)
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout
25. Mencegah Alzheirmer, memelihara penglihatan dan pendengaran, mencegah migraine.


Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar 
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

SMS/WASSAP saya laju-laju sebab bulan ni promosi Omega Guard..

BELI 6, PERCUMA 1 >>>> best kan..
dapat lak FREE membership lagi..
dapat lak CASH BONUS lagi....
tak ker berbaloi baloi....

sharing is caring...
NOOR
012-6690379