19 April 2018

pentingnya B COMPLEX


Assalamualaikum korangs semua ..
Dah makan blom tengahari ni ...
saya alhamdulillah, baru sudah menghadap hidangan nasi separuh dengan ikan cencaru bakar ..
TAPAU jer..makan kat meja opis ...


Hihi...

saya nak share sikit tentang B Complex Shaklee ni
tadi ada customer whatsapp saya..katanya dia was was nak makan B Complex ni..takut gemuk ..

uishh..Idak ler gitu ....
Saya amalkan B Complex ni sejak tahun 2012  lagi...alhamdulillah....masih maintain lagi berat badan saya 45-47kg dengan ketinggian 154cm ..
(errr ..kurus ke OK ...)

Apapun.... nak citer lerrr B Complex Shaklee yang ohsem ni kat korangs



Adakah makan B Complex Shaklee boleh menyebabkan kegemukan?
Tidak benar. Yang sebenarnya fungsi B Complex adalah memetabolismekan karbohodrat, protin dan lemak kepada makanan. Makanan akan ditukarkan kepada tenaga. jadi sebab itu mungkin pengguna cepat berasa lapar dan ada ketagihan untuk makan. Sebenarnya bila rasa lapar,  dinasihatkan untuk minum air bukan dengan makanan berat. Jika ingin makan, pilih snek ringan berkhasiat atau makan buah-buahan.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.


Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?

1.  Menambah tenaga.
2.  Mengurangkan stress.
3.  Melambatkan proses uban di rambut.
4.  Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?

1.  Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2.  Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

3.  Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin

Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:
·   Lemah sistem saraf
·   Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
·   Pembentukan sel abnormal
·   Mengakibatkan anemia
·   Masalah depresi (tekanan perasaan)
·   Kehilangan daya memori
·   Cepat letih
·   Sesak nafas
·   Insomnia
·   Kurang fokus dan konsentrasi
·   Mudah tersinggung


Anda boleh dapatkan terus B Complex ini dari saya

Rakan Shaklee Anda
Noor Hisham binti Paimin (Noor)
SID Shaklee 919922
SMS / Whatsapp : 0126690379
Personal FB : Noor Hisham
Instagram : @noorshaza73







9 April 2018

Kek Oren Sunquick Kukus Yang Moist





Resepi Kek Oren Sunquick Kukus - Moist taw



BAHAN-BAHAN:

Bahan blender:

1 bji buah limau amik isi & parut kulit
1/2 cawan pati oren Sunquick 
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula halus / castor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila 
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh Ovelet 

Bahan di ayak:

2 cawan tepung naik sendiri / Self Rising Flour
* nak pakai tepung gandum pun boleh
1 sudu besar baking powder
**campur dan ayak

Tambahan:

1 biji parutan kulit limau di letak selepas siap bancuhan tepung untuk rasa, bau & warna oren yang lebih lagi. 


Cara Menyediakan Resepi Kek Oren Sunquick Kukus Moist Dan Lembut

1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Kulit dia parut sampai habis untuk aroma. Masukkan ke dalam blender bersama pati oren sunquick, minyak, gula, telur, esen vanila, susu pekat & ovelet. Kisar hingga halus.

** sementara itu boleh lah rebus air periuk kukus, bila dah siap adun nanti air pun dah mendidih boleh terus kukus kek. 

2. Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu marjerin / butter. 
Kukus selama 45 minit - 1 jam. (bergantung tahap besarnya api anda)

Lepas 45 bukak pengukus dan cucuk dengan lidi untuk check kek dah masak atau belum, kalau masih melekat teruskan kukus lagi agak-agak dalam 5-10 minit. 

*Pasti kan periuk kukus dah panas & air dh mengelegak baru masukkan adunan. 
• Balut penutup pengukus dengan tuala bersih yang sesuai supaya air wap tak jatuh di atas kek kita.


Tips Tambahan:

- Kalau nak buat kek cawan / cupcake pastikan acuan kertas cup cake yang tebal ya, kalau yang nipis takut lembik kertas tu nanti masa tengah kukus. 
- Untuk kek cawan kukus selama 20 - 30 minit sehingga masak. 

*Pasti kan periuk kukus dah panas & air dh menggelegak baru masukkan adunan. 
• Balut penutup pengukus dengan tuala bersih yang sesuai supaya air wap tak jatuh di atas kek kita.

** kalau suka boleh tambahkan choc chips dalam adunan kek tu untuk anak-anak.