18 July 2014

MH17 terhempas 17 Julai 2014 = 19 Ramadhan 1435

ALLAH HU AKBAR

Speechless dan terkedu tatkala mendengar berita sedih di diihari...dikala ku sedang menyiapkan persiapan sahur..

Bertalu-talu ujian untuk kita semua. Diharap keluarga mangsa & insan-insan disayangi mereka redha & menerima walaupun memang sakit untuk ditelan.

Tragedy ini adalah peringatan utk kita semua. Mari hisab diri kita di 10 akhir Ramadhan ini & rapatkan diri dgn Allah, mohon keampunan & berdoa untuk dapat rahmat ALLAH, Banyakkan ibadah, zikir, doa, sedeQah, baca Al Quran, iktikaf dimasjid & usaha utk dapatkan lailatul Qadar. Moga ALLAH ampuni & rahmati kita semua...


Serba sedikit laporan as of 4.30am, 18 July 2014:
Pesawat M'sia dilapor terhempas dekat sempadan Ukraine-Rusia 11:00PM Jul 17, 2014
Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.
Laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini.
Sementara itu, laporan Al-Jazeera menyebut, Malaysia Airlines mengesahkan kejadian itu dan dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi.
Menurut Al-Jazeera, pesawat terlibat dipercayai pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17, yang berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan.
Laporan itu juga menyebut, ia mungkin terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine
Menurut Interfax, pesawat itu terhempas hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.
Laporan yang memetik sumber keselamatan Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut, pesawat itu hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter.
Ia disyakit terhempas dekat bandar Shakhtyorsk.





http://www.astroawani.com/news/show/mh17-terhempas-mayat-ditemui-di-lokasi-serpihan-bersepah-sejauh-beberapa-kilometer-40072