30 March 2018

HEBAT tak SHAKLEE VITAMIN C ni


ALHAMDULILLAH
Baru jer habiskan keje keje ofis.. UNTUK hari ni la ..

Saya post dulu entri untuk kali ini sebelum off kan PC .
Nak cerita sikit tentang Vitamin C Shaklee yang femes ni..

Saya ni memang pengguna tegar Vitamin C Shaklee .. Berbanding Vitamin C jenama lain, ianya tak setanding dengan Vitamin C Shaklee . TERBAIK !!
Sebab apa ??







Kalau rasa nak demam atau selsema, saya akan ambil Vitamin C Shaklee ni. Memang berkesan.
Lebih lebih lagi bila kita lihat sekarang ni dengan cuaca yang tak menentu, Sahabat-sahabat, saudara mara pun ramai yang dah mencuba dan suka dengan keberkesanannya.Yang penting, SELAMAT untuk diamalkan.


Dan lagi  ramai yang cari Vitamin C Shaklee ni jugak untuk cantikkan kulit diorang. Nak kulit lebih cerah, nak kurangkan jerawat, pudarkan parut jerawat, nak awet muda dan macam-macam lagi. Orang perempuan memang sanggup berhabis duit ribu-ribu asalkan cantik, asalkan tetap nampak remaja.


Walaupun cara yang mereka guna tu berisiko, semua tu tolak tepi janji lawa dan yang paling penting jugak semua pun nak cepat instant gitu. Saya share satu cara yang mudah, murah dan selamat untuk cantik dan sihat.





Vitamin C atau nama saintifiknye asid ascorbic merupakan vitamin larut air. Badan kite tidak boleh menghasilkan Vitamin C maka kita wajib mendapatkannya dari makanan kita. Sumber yang kaya dengan Vitamin C tentunya buah-buahan dan sayur-sayuran.



Ok sekarang jom kita berkenalan dengan Vitamin C Shaklee atau nama sebenarnya Sustained Release Vita C. Macammana boleh ada 'sustained release' gitu, ini tak lain tak bukan untuk kite mendapat manfaat Vitamin C itu secara maksima, jadi kuranglah pembaziran (Vitamin C yang tidak diserap dibuang melalui air kencing)


So Shaklee design teknologi 'Sustained Release' atau Sains Pembebasan Berterusan Secara Semulajadi. 1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah oren.


Setiap satu jam 1.5 biji oren bersamaan 100 mg Vitamin C akan dilepaskan diusus kite so 1 tablet mengambil masa 5 jam untuk diserap oleh usus kita. Canggihhh...


Selain Vitamin C, setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavanoid (25% bioflavanoid diekstrak dari kulit buah. Bioflavanoid juga dikenali sebagai Vitamin C Complex berfungsi

§  meningkatkan keberkesanan Vitamin C didalam badan
§  melegakan inflamasi
§  menentang jangkitan  bacteria dan radikal bebas

Jom kite tengok ape yang best sangat dengan Vitamin C Shaklee ni :-

§  Membentuk Kolagen - Vitamin C akan membantu merangsang pembentukan kolagen, sebab tu bile kita ambil suplemen kolagen, kene cek disertakan sekali tak Vitamin C dalam suplemen kolagen tu. Sebab kalau tiada maka kurang berkesanlah suplemen kolagen yang anda beli tu..huhu...untuk stay firm kolagen need a lot of Vitamin C..
          Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Maka ianya                       mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

§  Mengurangkan Simptom Pendarahan - Bila badan kite kurang Vitamin C, gusi kite akan senang berdarah, kulit lebam, cedera pun lambat nak pulih. Kulit jadi kering, kasar dan ruam

§  Meningkatkan Sistem Imun Badan - Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. 
          Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
          Menguatkan sistem imun    
     
          Mengurangkan asthma dan alergi hidung dan kulit.

          Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit.

          Terdapat bukti yang menyatakan pengambilan Vitamin C untuk mengatasi masalah batuk dan selsema mampu mengurangkan simptom sakit yang lebih serius seperti pneumonia dan            jangkitan paru-paru

§  Memerangi Kanser Vitamin C merupakan satu-satunya antioksida yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi badan.  
          Merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser 

          Membuang bahan kimia berbahaya dari badan kita dengan berkesan.

          Menghapuskan radikal bebas seperti sisa toksik bahan kimia  dan pencemaran asap rokok               sebelum ianya menyerang sel-sel kita.

          Radikal bebas boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kanser, sakit jantung               dan artritis

§  Mencantikkan Kulit - Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit kita lebih cerah.  

Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari!

Terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, kajian               tersebut menguji kaitan antara pengambilan nutrien dengan proses penuaan pada 4025 wanita yang berusia dari 40-74 tahun.

Kajian tersebut menunjukkan pengambilan Vitamin C yang tinggi mampu mengurangkan kedutan dan kekeringan kulit. Kulit juga kelihatan lebih baik.

§  Mengurangkan Insomnia - Mampu memperbaiki insomnia dan tekanan berkaitan mental seperti keresahan. 

§  Tekanan - Sangat perlu diambil oleh mereka yang sistem imun badan rendah kerana tekanan - masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. 

Vitamin C  sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu tertekan memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.

§  Mengekalkan Kolestrol Sihat - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah.  Ia juga mampu mengekalkan kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.



Terdapat pelbagai sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus, strawberri, tomato, brokoli, kentang dan ubi biru (sweet potato). Sumber lain pula seperti sayuran hijau tua, betik, mangga, tembikai, kobis bunga, kobis, cili merah, resberi, blueberi, nenas dan labu.




Untuk mendapat kebaikan pelbagai jenis vitamin dan mineral kita perlu mengambil 5-7 hidangan buah dan sayur-sayuran. Atau dalam bahasa yang lebih senang dalam sehari kite perlu mengambil 3 mangkuk sayur dari 4 jenis warna.


Ha camne? Sehabis baik pun kite makan sayur dan buah ialah waktu lunch dan dinner. Breakfast adalah sikit itupun timun dalam nasi lemak, huhu... secara praktikal dan sukar kita tengok orang yang betul-betul dapat mengambil sayur dan buah-buahan mengikut kadar yang ditetapkan bagi mendapatkan nutrient penuh untuk tubuh kita.


Maka pengambilan suplemen adalah lebih praktikal untuk mengisi lompang-lompang nutrisi penting seperti Vitamin C. Jika kita ingin mencuba suplemen yang murah, penting dan berkesan, maka saya sangat mengsyorkan Vitamin C Shaklee sebagai pilihan anda.


So, jangan lengah lagi ..Beralih kepada vitamin yang sihat, selamat, semulajadi dan berkesan taw

NOOR
SID 919922
www.wasap.my/60126690379


16 March 2018

OMEGA GUARD - kunyah kunyah jer


Settle sudah kerja kerja ofis di petang Jumaat ni. fuhh lega!!



Ni nak ke Shaklee HQ pulak sebab nak restok Omega Guard yang dah habis !!


Omega Guard Shaklee ni best tau . Ia berasal dari minyak ikan laut dalam. Bukan dari minyak ‘hati’ ikan ye seperti yang melambak di farmasi atau kedai jamu tu. Cek betul-betul kandungan vitamin apa yang korang laburkan.

Ni dia !!! saya nak cerita Omega Guard Shaklee yang BEST ni :
1) Diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2) Semestinya tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3) Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
4) Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
5) 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg Omega 3, EPA, DHA.
6) Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.
7) Kaedah ultratulen adalah proses penyulingan propreitari 3 molukel untuk mengekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.
Omega Guard Shaklee berwarna keemasan dan jernih. Baunya tidak sehanyir bau minyak ikan lain - softgel Omega Guard ni.


Siapa yang boleh ambil Omega Guard?

~ Kanak-kanak
Bermula dari usia 1 tahun ke atas dah boleh consume Omega Guard ni sebenarnya cuma saya sendiri mengambil langkah selamat, biarlah anak mendapat khasiat minyak ikan ini dari ibunya. Bermakna, untuk ibu menyusu anak tak perlu ambil secara direct, ibunyalah yang patut mengambilnya.
~ Ibu hamil/ Ibu Berpantang
Mengikut Pakar Nutrisi, ibu hamil sangat disyorkan mengambil Omega Guard ni, bukan sahaja memberi kebaikan kepada pertumbuhan otak si kecil malah bantu mengawal berat ibu hamil dari naik mendadak.
Sebaiknya di ambil bermula dari Trimester pertama. Masuk Trimester ketiga dan 2 minggu sebelum bersalin, jika bakal ibu ada sejarah tumpah darah, dinasihatkan berhenti sebentar dan boleh menyambung makan semula semasa Fasa Berpantang.
~ Pesakit Darah Tinggi/ Hypertension/ Jantung
Ketiga-tiga penyakit ini ada kaitannya dengan kolestrol. Kita nak lemak baik sahaja, lemak jahat yang kita nak buang. Dengan pengambilan 2-3 biji sehari dapat merendahkan tahap kolestrol jahat (LDL) dan sekaligus meningkatkan tahap kolestrol baik (HDL). Dalam bahasa mudahnya, Omega Guard adalah agen pembakar lemak tegar 
~ Wanita/ Lelaki Obesiti
Bagaimana Omega Guard membantu menurunkan berat badan? Ialah dengan bertindakbalas dengan hormon Leptin dimana bila hormon ini tinggi, ia akan menghantar isyarat pada otak untuk mengurangkan makan (rasa kenyang). 
Sebelum tidur elok la makan Omega Guard. Tak semestinya slim macam saya ni, bacaan kolestrol bagus. Haha ....Maka sebaiknya kita ambil langkah selamat kan..Cegah sebelum terlambat. Takut juga kolestrol tinggi, efek pada jantung. Jangan tak percaya, ramai muda mudi meninggal atas sebab jantung berhenti mengejut.

Pastinya kematian sudah ditetapkan Allah, siapa ada kuasa menghalangnya tapi kita juga tidak boleh berserah begitu sahaja. Betul kan 

Amalkan cara hidup sihat . Vitamin selamat, semulajadi dan berkesan.
#berkongsisihat
#sihatitubahagia
#syukur

NOOR
Shaklee SID: 919922
0126690379
Emel : shakleenoor73@gmail.com




SERUNDING HALIA IKAN BILIS TULAR !!



Hari ni dah penghujung hari bekerja ... Mood nak berehat semakin menebal dalam diri ..hihihi..bukan apa...rasa lelah sikit sepanjang minggu bekerja ni...Banyak hal nak diuruskan ..
So sambil sambil rehat ni, saya dok google google resepi resepi kat internet..kot la ada yang menarik hati ..
Tup tup saya ternampak satu post ni... Serunding Halia....
whoa ....teringat trus zaman berpantang dolu dolu ...
Mak suka sangat buatkan sambal halia + ikan bilis utk makanan waktu berpantang..Lebih umph bila mak perah sikit air asam jawa...fuhhhhh ..meleleh air liur mengingatkannya ..

Korang berpantang macam saya jugak ke? Ker ada lagi menu special korang yang lebih power ....
meh share sket ...mana tahu, bole la saya buatkan untuk anak saya nanti (hahaha ...walhal anak sekolah lagiiii ...)

😰😰





RESEPI SERUNDING HALIA IKAN BILIS TULAR 
Kredit pada Resepi Masakan Sedap di FB

BAHAN - BAHAN
Halia (diparut menggunakan pemarut)
Minyak masak (secukupnya)
Ikan Bilis ( secukupnya)
Perasa (Ajinomoto & Garam)- secukup rasa

CARA - CARA MEMBUATNYA


Bersihkan halia terlebih dahulu dan buangkan kulitnya. Kemudian parut halia tersebut menggunakan pemarut buah-buahan yang ada ataupun tumbuk dengan lesung batu sehingga lumat. Letakkan di pinggan yang berasingan.
Ikan bilis jika ianya bersaiz besar belahkan bahagian badannya menjadi dua. Buang isi perut ikan bilis tersebut dan basuh.Tumbuk ikan bilis dengan lesung batu.Letakkan di pinggan yang berasingan juga.
Panaskan minyak masak, masukkan halia yang telah diparut. Goreng sehingga ranggup.Kemudian angkatkan halia yang telah digoreng tadi dan letakkan di atas pinggan yang dilapik menggunakan tisu untuk membuang sedikit minyak yang ada pada halia goreng tersebut.
Kemudian gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat ikan bilis tersebut dan gaulkan bersama halia yang telah digoreng tadi. Letakkan sedikit ajinomoto dan garam secukup rasa.
Anda boleh hidangkan serunding untuk hidangan atau simpan ke dalam bekas untuk kegunaan pada masa yang akan datang .
**Serunding halia boleh bertahan lama dan sangat baik untuk kesihatan bagi menghilangkan angin di badan dan melancarkan peredaran darah


AIR PUTIH ... penting TAW



KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH / AIR KOSONG / AIR MINERAL




MINERAL-


Kita nak kongsi pada semua tentang kebaikan minum air putih. Jangan ambil remeh yer ..
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Rawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT

Kajian para sainstis mendapati  amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun, amalan minum air  kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
1.   Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2.   Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.3.   Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.4.   Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.5.   Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.6.   Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. •   Tekanan darah tinggi 30 hari. •   Gastrik 10 hari •   Diabetis 30 hari •   Sembelit 10 hari •   Kanser 18 hari •   Tibi 90 hari
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
Sumber:Kem Pembangunan Kekeluargaan Wanita.

7.   Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan demikian, berusahalah tidur lena. Jangan tidur pada lewat malam.



BLOG BeRSAWANG LAGIK

Blog Dah Bersawang!!!


haddei.....kesibukan dalam tugasan akhir-akhir ini menjadikan daku terlupa seketika dengan "hobi kecilku" ini..dah lama tak hupdate blog..


ye laa...kerja di pejabat pun dah jadi luarbiasa banyaknya..

maklum....syarikat suka sangat nak cost cutting...so keje keje dah jadi multi task...
sepatutnya...daku hanya incharge untuk Admin dan HR...sekarang ni...dah TERPAKSA berjinak-jinak pula dengan lain lain TASK.. adusss...
"senak perut" memikirkan amanah dan tanggungjawab , bebanan yang adakala sungguh tak larat daku tanggung...
namun...demi sesuap nasi...daku redah juga meski agak MERANGKAK gak menyiapkan tugasan yang diberi..

Apapun alhamdulillah.. Aku banyak belajar secara tidak langsung mempelbagaikan skill kemahiranku ...


Syukur ..

ALLAH saja yang mengetahui yang TERBAIK untuk hambaNYA ini 

Stop kat sini dulu ye ..


Nanti kita sembang lagi ..








RezeQi