15 February 2013

ANUAR ZAIN.....

Anuar Zain...nama besar dalam industri seni tanahair kita..
suara beliau..WOW!!!..memang mengkagumkan aku...sejak dari zaman sekolah lagi aku memang minat dia nie...
hoho...

so..jom kita tengok gambar beliau dari dulu hingga kini....

kredit to www.myartis.com


BIODATA
Nama:
 Shahrul Anuar Zain
Nama glamor: Anuar Zain
Tarikh lahir: 17 Februari 1970
Bintang: Aquarius
Tempat Lahir: Merlimau, Melaka.
Jumlah adik beradik: Lima orang
Pendidikan: Sekolah Rendah Seksyen 16, Sekolah Menengah Sultan
Azlan Shah,Shah Alam, Selangor

KENANGAN TERINDAH

BERBICARA tentang kenangan terindah, banyak nostalgia yang sudah
dilalui oleh Anuar sejak zaman kanak-kanak sehinggalah dia dewasa. 
Namun yang paling indah ialah apabila dia menjadi artis rakaman EMI 
pada awal tahun 80-an.

"Ketika itu juga kenangan juga tidak kurang manisnya apabila saya
berpeluang mengadakan persembahan istimewa untuk televisyen 
sempena Raya."Bayangkan ketika itu, nama-nama besar industri 
hiburan seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk D.J. Dave, Noorkumalasari, 
Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk Sheila Majid dan Jamal 
Abdillah semuanya terlibat dalam persembahan yang sama."Apabila 
dapat bertemu dengan mereka, saya begitu seronok dan teruja sekali. 
Mana tidaknya. Sebelum itu saya hanya mendengar lagu-lagu 
nyanyian mereka. Tetapi, apabila berada di satu pentas, timbul sedikit 
rasa kejutan budaya (ketawa).
"Lagipun, dulu, stesen televisyen tidak banyak. Jadi, semuanya 
berkumpul dan kemeriahan itu memang cukup dirasai," kata Anuar 
dipetik sebagai berkata. Ketika itu, dia sememangnya cukup masyhur 
dengan lagu Suasana Hari Raya bersama teman duetnya, Ellina Razak.

Sementara kenangan indah lain pula ialah ketika dia bertugas sebagai
pramugara untuk syarikat penerbangan MAS selama hampir 11 tahun. 
Menurut penyanyi itu, bermula tahun 1990, dia telah merasai pengalaman 
beraya di luar negara hampir setiap tahun."Tetapi, semua itu tidak 
begitu dirasai kerana saya dikelilingi oleh teman-teman yang senasib. 
Jadi, segala kerinduan itu terubat sedikit demi sedikit."Selepas berhenti, 
fokus saya adalah kepada keluarga dan saya mahumembalas segala 
kehilangan itu dengan menghabiskan masa bersama mereka," ujarnya.

Klik untuk imej besar...


















Read more: http://www.myartis.com/2011/11/15-gambar-nostalgia-anuar-zain.html#ixzz2KyL3LhO4

No comments:

Post a Comment