16 February 2013

SITI NURHALIZA..my idol


Siapa yang tak kenal SITI NURHALIZA???

Sebut jer nama beliau, satu Malaya tahu kewujudan dan kehebatan BINTANG yang satu ini..
Namanya gah meniti dibibir semua peringkat tak kira dari anak2 kecil hinggalah ke level mak-mak kita..

Kelunakan suara, wajah yang cantik dan peribadi yang cukup sederhana membuatkan beliau sentiasa disenangi oleh jutaan peminatnya..
Aku ni antara satu dari jutaan peminatnya....

terjumpa entri beliau di myartis.com 
so nak share kat my blog jugak..

hepi reading...

NOSTALGIA DATOK SITI NURHALIZA

Sejak kecil, Dato' Siti Nurhaliza merupakan seorang kanak-kanak yang lasak. 
Ketika itu, dia tinggal di berek Polis, Kampung Awah, Temerloh, Pahang. 
Dalam usia yang masih muda, Siti sudah berani panjat pokok dan 
kebanyakan rakan-rakannya ketika itu ialah budak lelaki.

Selain bermain ke sana ke mari, Siti juga gemar mengayuh basikal 
keliling kampung.

Sikap tegas arwah bapanya Taruddin dalam jabatan polis membuat
 siti turut terikut-ikut dengan gaya dan ketegasan bapanya itu. 
Selain itu, dia juga pernah bercita-cita mahu menjadi seorang 
anggota polis berpangkat inspektor.

Mungkin disebabkan cita-cita tersebut, gaya dan lagak Siti tidak
 seperti anak-anak gadis yang lain. Dia gemar berambut pendek 
setakat paras tengkuk dan bergaya dengan pakaian lelaki 
seolah-olah tomboy.

Bagaimanapun, sikap tersebut tidak kekal lama. Ketika Siti 
berusia 10 tahun, dia mula berubah sikap apabila didesak oleh
 ibunya menjual kuih. Perangai tomboy sedikit demi sedikit 
berubah dan dia mula berjinak-jinak dengan baju kurung serta
 pakaian-pakaian wanita yang lain.

Kemiskinan dan keperitan hidup telah banyak mengajar Siti 
menjadi seorang insan yang tabah. walaupun terpaksa menjual
 kuih keliling kampung, di pasar-pasar malam dan di bandar, 
namun Siti tetap patuh dan sekaligus mengetepikan rasa malunya.

Kini, meskipun Siti sudah popular, namun tanggungjawab tidak 
pernah dilupakan. Dia masih berusaha keras untuk meningkatkan 
kerjayanya dalam bidang seni suara demi membantu keluarganya 
yang banyak berjasa.

I
Biodata:
Nama Penuh : Siti Nurhaliza Bt Tarudin 
Tarikh Lahir : 11 January 1979 
Tempat Lahir : Kg Awah, Temerloh Pahang 
Adik-beradik : 7 orang 
Anak ke : 
Zodiak : Capricorn

Klik untuk imej besar...













Read more: http://www.myartis.com/2011/10/nostalgia-datuk-siti-nurhaliza.html#ixzz2L2B6McZe

No comments:

Post a Comment